KUALA LUMPUR:FGV Holdings Bhd mahu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhenti daripada mengeluarkan kenyataan lanjut kepada media berhubung isu perjanjian pajakan tanah (LLA), memandangkan ia masih belum menerima notis bertulis daripada Felda mengenai penamatan LLA dan hasratnya untuk mengambil alih kilang sawit FGV di seluruh negara.
Syarikat perladangan itu berkata, Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid semalam menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima sehingga semalam.
FGV mencadangkan Felda untuk menghentikan sebarang siaran media mengenai perkara tersebut dan berbincang sebelum melepaskan kenyataan bersama mengenai perkara yang dipersetujui mengikut terma dan syarat LLA, kata beliau dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengumumkan rancangan berkenaan pada 30 Okt lepas.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai artikel yang diterbitkan oleh The Edge Malaysia yang melaporkan Felda menentang cadangan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengenai suntikan aset perladangan ke dalam FGV, FGV menjelaskan pengarah-pengarah FGV ada menerima surat daripada pengerusi Felda yang menyatakan lembaga pengarah Felda tidak akan menyokong sebarang cadangan yang akan menyebabkan pencairan pegangan sahamnya di dalam FGV.
Mengenai cerminan kepentingan daripada syarikat pegangan pelaburan Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) pada 15 Okt untuk mengambil bahagian dalam FGV melalui suntikan aset perladangan sebagai pertukaran kepada saham, FGV berkata PLSB tidak menyebut sama ada aset perladangan yang mahu disuntik ke dalam syarikat itu, diletakkan di bawah Tradewinds Plantations Bhd.
Juga tidak disebut sama ada Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR), yang diletakkan di bawah PLSB, adalah sebahagian daripada aset perladangan yang akan disuntik ke dalam FGV.
PLSB adalah subsidiari milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan, Syed Mokhtar. Tradewinds Plantation dan CSR pula dimiliki oleh PLSB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020
FGV mencadangkan Felda menghentikan sebarang siaran media mengenai mengenai penamatan LLA dan hasrat pengambilalihan kilang sawit FGV dan berbincang sebelum mengeluarkan kenyataan bersama.
Malaysia jadi negara pertama peroleh Tasreh operasi 20 ambulans
Malaysia jadi negara pertama berjaya mendapat permit menjalankan operasi ambulans untuk jemaah haji di Jeddah, Mekah dan Madinah.
Olahraga Para Dunia: Latif Romly sumbang emas ketiga negara
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo itu menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan 7.30m.
Warga emas dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai di Segamat
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap.
Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu
Malaysia perlu mempertimbangkan mekanisme kewangan Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) untuk memacu matlamat menghentikan penggunaan arang batu dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini
Saluran khas tersebut dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula 25 Mei ini di Saluran Astro 111.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Perdagangan Malaysia-Jepun diunjur melonjak tahun ini - Tengku Zafrul
Perdagangan Malaysia dengan Jepun dijangka melonjak tahun ini, didorong oleh pelaburan khususnya dalam sektor semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kata Tengku Zafrul.
Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman
SEORANG pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah terbabit.
HBN 2024: MGBM gerakkan Tabung Solidariti Palestin, sasar kutipan RM1 juta
Kutipan mula digerakkan kepada pengunjung HBN 2024 yang berlangsung tiga hari bermula semalam dan turut digerakkan di semua peringkat persatuan.
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.